Resepi Rendang Ayam Simple Tanpa Kerisik

Resepi Rendang Ayam tanpa kerisik

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 30 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-5 orang

Menu rendang ayam sangat sinonim apabila datang hari raya puasa dan hari raya haji. Hidangan rendang ayam ini biasanya dinikmati bersama nasi impit dan juga pulut. Ia juga sedap dimakan bersama nasi putih, malah anda juga boleh buat resepi rendang ayam ini versi simple sahaja untuk dinikmati setiap hari.

Seperti perkongsian daripada saudari Zara Zyad Bundle ini yang berkongsi resepi rendang ayam simple tanpa menggunakan kerisik. Yang paling penting ia sedap untuk dimakan. Jom tengok resepi beliau:

Baca juga artikel : Resepi Oden Viral 

Bahan-bahan:

  • Ayam seekor (gaul dengan garam kunyit & goreng sekejap)
  • Asam jawa atau asam keping
  • Limau purut (hiris halus)
  • Daun kunyit (hiris halus)
  • Gula merah
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Santan

Bahan Kisar:

  • Segenggam cili kering (basuh & rebus sekejap)
  • Bawang besar/merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas (lebih banyak lebih sedap)
  • Serai (lebih banyak lebih sedap)
  • Kunyit hidup

Cara Penyediaan:

  1. Blend halus semua bahan kisar, cili kering, bawang besar/merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, dan kunyit hidup.
  2. Angkat ayam yang telah digoreng, buang sedikit minyak dalam kuali, dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Tambahkan asam keping atau air asam jawa pekat ke dalam tumisan. Masukkan gula merah, garam, dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam tumisan dan kaup balik sehingga sebati.
  5. Tuangkan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga rendang mulai pekat dan sebati.
  6. Masukkan hirisan daun kunyit dan limau purut. Kacau sebati dan biarkan masak sehingga rendang mencapai kepekatan yang diinginkan.
  7. Setelah rendang masak dan beraroma wangi, angkat dan siap untuk dihidangkan.

Tips:

  1. Rasa: Pastikan rasa kuah seimbang antara masam, manis, dan pedas mengikut citarasa anda.
  2. Tambahan: Rendang akan lebih sedap jika dimasak lama dan dibiarkan meresap semalaman.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top