Resepi Rendang Ayam Cili Api Nismilan Makan Sekali Nak Lagi

Resepi Rendang Ayam Cili Api

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 40 minit

ionicons-v5-j

Menu: 5-7 orang

Selain masak lemak kuning, negeri sembilan juga popular dengan resepi rendang ayam cili api nismilan. Keunikan rendang ayam ini adalah penggunaan cili api yang memberi rasa sedikit pedas ditambah dengan ramuan rempah yang memberikan rasa rendang yang pekat dan sedap.

Kalau korang nak cuba resepi rendang ayam cili api ni boleh tengok perkongsian daripada saudari Norzy Yusuff. Sangat sesuai buat menu hidangan ketika hari raya dan juga untuk menu harian.

Baca juga artikel : Resepi Rendang Ayam tanpa kerisik

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam (digoreng 1/2 masak)
  • 4 sudu rempah** (resepi di bawah)
  • 2 kg santan
  • 3 sudu kerisik
  • 4 helai daun kunyit
  • 1 keping asam keping
  • Garam, gula, cukup rasa (optional)

Bahan Kisar:

  • 1/2 kg bawang kecil
  • 2 labu bawang putih
  • Halia
  • 6 batang serai
  • 3 ketul ibu kunyit
  • 1 1/2 genggam cili api merah (tambah jika mahu lebih pedas)

Ramuan Rempah (disangai kemudian diblender halus):

  • 1 batang kulit kayu manis (dipecah kecil)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 ulas buah pelaga
  • 200g ketumbar
  • 1 sudu jintan kasar
  • 2 sudu jintan halus

Cara Penyediaan:

  1. Blend halus bahan kisar, bawang kecil, bawang putih, halia, serai, ibu kunyit, dan cili api merah.
  2. Dalam kuali, satukan bahan kisar, rempah, dan santan. Masak hingga pekat.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak ke dalam campuran tadi dan kacau rata.
  4. Masukkan kerisik, asam keping, dan daun kunyit. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau hingga rendang masak sempurna dan kuah menjadi pekat serta kering.

Tips:

  1. Optional Rempah: Penggunaan rempah ini adalah pilihan. Tidak semua orang Nismilan menggunakan rempah, jadi terpulang kepada selera masing-masing.
  2. Kepekatan Kuah: Pastikan kuah rendang dimasak sehingga benar-benar pekat dan kering untuk mendapatkan rendang yang lebih sedap.

Kredit Norzy Yusuff

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top