Resepi Nasi Goreng Ayam Rasa Sebijik Beli Kat Kedai

Resepi Nasi Goreng Ayam

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 15 minit

ionicons-v5-j

Menu: 2-3 orang

Resepi nasi goreng ayam adalah menu hidangan yang tidak asing dalam kalangan warganet di Malaysia. Boleh dikatakan nasi goreng jenis ayam ini adalah yang paling popular dalam banyak-banyak variasi nasi goreng.  Jadi kali ini kami kongsikan resepi nasi goreng ayam oleh saudari Cik Merpati Putih untuk rujukan anda.

Resepi ini adalah perkongsian khas cara-cara nak buat nasi goreng ayam sama seperti beli di kedai, jom kita lihat:

Baca juga artikel : Resepi Lontong Goreng

Bahan-bahan:

  • Nasi putih (nasi yang dimasak dalam 2 jam, tidak keras lagi)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering (blend)
  • Ayam
  • Telur sebiji
  • Cili padi (jika mahu)
  • Kicap manis / kicap apa pun boleh
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto
  • Kiub pati ayam (1/2)
  • Sayur (apa-apa sayur yang sedap: sawi, carrot, kobis, kacang panjang)

Cara Penyediaan:

  1. Cuci bersih ayam mentah dan gaulkan dengan garam serta kunyit. Kemudian goreng ayam tersebut (ayam goreng).
  2. Tumis bahan tumisan iaitu bawang merah dan bawang putih. Setelah garing dan wangi, masukkan 2 atau 3 sudu cili kering blend.
  3. Apabila pecah minyak, masukkan kicap manis atau kicap pilihan anda. Kemudian, pecahkan telur sebiji dan kacau rata.
  4. Masukkan perasa iaitu garam, gula sedikit, kiub pati ayam, dan ajinomoto (optional).
  5. Setelah pekat dan cukup rasa, masukkan nasi putih. Kemudian kacau hingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan sayur yang disukai dan masak hingga sayur layu. Siap untuk dihidang.
  7. Ambil ayam goreng, ketuk dan cincang seperti dalam gambar. Curahkan sos di atasnya.
  8. Jika rajin, buat sup dan potong timun, tomato, salad, dan tabur bawang goreng sebagai hiasan.

Tips:

  1. Pastikan nasi yang digunakan tidak terlalu keras agar mudah digoreng.
  2. Ajinomoto boleh ditambah untuk memberikan rasa lebih sedap.
  3. Untuk tambahan rasa, buat sup sebagai pelengkap hidangan dan hias dengan sayuran segar.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top