Resepi Dalca Ayam Campur Sayur Pekat Kuah Kacang Dhal

Resepi Dalca Ayam Campur Sayur

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-5 orang

Resepi dalca sangat sinonim dengan lauk ayam dan ia sangat ideal dimakan bersama nasi putih. Keunikan dalca ini adalah pada tekstur kuahnya yang pekat serta rasa kacang dhal dan rempoah yang sedap. Kalau nak cuba resepi dalca ayam ini bolehlah lihat perkongsian saudari Kasih Nadirah.

Resepi dalca ayam oleh saudari Kasih Nadirah ini mudah untuk diikuti dan sesuai untuk dijadikan menu harian anda. 

Bahan-bahan:

  • Sebelah ayam – dipotong sedang atau kecil
  • 1 cawan santan
  • 2 genggam kacang dal – rebus hingga empuk
  • 1 biji cili hijau – potong 1 inci
  • 1 biji kentang – belah 12
  • 1 biji karot – potong mancis
  • 3 biji kacang panjang – potong 1 1/2 inci
  • 1 biji terung bulat – belah 6
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 keping asam gelugor

Bahan Tumbuk:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bunga lawang, buah pelaga, dan kulit kayu manis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk (bawang besar, bawang putih, halia).
  4. Tumis hingga wangi dan kekuningan.
  5. Masukkan rempah kari daging, daun kari, cili hijau, dan sedikit air.
  6. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
  7. Masukkan potongan ayam dan tumis sebentar hingga ayam berubah warna.
  8. Masukkan kacang dal yang telah direbus, santan, asam gelugor, kentang, dan sedikit air.
  9. Masak hingga ayam dan kentang empuk.
  10. Masukkan semua sayur-sayuran (karot, kacang panjang, terung bulat, tomato).
  11. Masak hingga sayur-sayuran masak.
  12. Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.
  13. Kacau sebati dan tutup api. Dalca Ayam siap untuk dihidangkan.

Tips:

  1. Untuk lebih kelazatan, boleh tambah pisang muda, mangga muda, atau buah amra/kedondong.

Selamat mencuba dan menikmati hidangan Dalca Ayam yang lazat dan berkhasiat ini! 😊

Kredit Kasih Nadirah

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top