Resepi Begedil Ayam Guna Serbuk Potato Flakes Rupanya Lagi Mudah

resepi begedil ayam

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 25 minit

Masa Memasak: 10 minit

ionicons-v5-j

Menu 10++ orang

Buat Begedil Ayam Guna Serbuk Potato Flakes Rupanya Lagi Mudah Begedil Menjadi Tak Bederai Bila Goreng  

Resepi begedil ayam guna potato flakes korang pernah dengar tak? Yup memang ada dan lagi mudah nak buat begedil. Melalui hantaran di laman facebook, saudari Erny Shafrida berkongsi pengalaman membuat begedil ayam dengan campuran serbuk flakes apabila kehabisan kentang untuk buat begedil. Perkongsian ini telah mendapat ratusan ulang siar oleh warganet.

Siapa sangka resepi begedil ini betul-betul menjadi dan malah ia lebih mudah untuk dibuat. Begedil pon elok je bila goreng dan tak berderai. Nak tahu caranya sila lihat resepi di bawah:

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang (rebus hingga empuk, tos airnya dan lenyek)
  • 2 cawan potato flakes
  • 5 biji bawang merah kecil (hiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada sulah/lada putih
  • 1 biji telur
  • Isi ayam (goreng dan tumbuk)
  • Daun sup (hiris halus)
  • Garam secukupnya
  • Sedikit air panas

Cara Penyediaan:

  1. Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian angkat dan toskan minyaknya.
  2. Satukan semua bahan dan kacau menggunakan senduk. Masukkan sedikit demi sedikit air panas hingga menjadi doh.
  3. Masukkan bawang goreng dan gaul sebati.
  4. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan tekan supaya leper sedikit. Celupkan dalam telur.
  5. Goreng dengan api sederhana hingga keemasan.

Tips:

  1. Untuk telur yang digunakan semasa menggoreng, pukul telur dan campurkan sedikit tepung jagung, garam, dan sedikit air.
  2. Menggunakan potato flakes memudahkan proses dan membantu begedil menjadi lebih kemas dan tidak mudah hancur semasa digoreng.

Lihat juga resepi : Resepi Buko Pandan 

Serbuk potato flakes yang digunakan

Bawang merah & bawang putih sedia untuk digaul bersama

Doh selepas digaul bersama

Bentukkan sebelum goreng

Begedil ayam siap goreng

Kredit resepi Erny Shafrida

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top