Sos Perap Kambing Terbaik

Sos Perap Kambing
Resepi.me / Perap Kambing / Sos Perap Kambing Terbaik

Sos perap kambing adalah bahan yang diperlukan adalah menyediakan hidangan seperti kambing golek, kambing bakar, mahupun kambing grill. Terdapat banyak resepi untuk membuat sos perap ini mengikut citarasa dan idea masing-maising.

Selain itu, bagi anda yang nak mudah, anda juga boleh membeli sos perap kambing ready made yang dijual di pasaran tempatan. Dengan adanya sos perapan ready made ini boleh menjimatkan masa anda di dapur. Malah hidangan kambing bakar ini juga boleh dijadikan menu semasa keluarga.  

Sos Perap Di Shopee

Khasiat Kambing Bakar Perap

Bukan sahaja lazat untuk dimakan, hidangan kambing bakar beserta bahan perap semulajadi ini sangat bagus untuk kesihatan. Antara kebaikan kambing bakar untuk kesihatan adalah:

  • Daging kambing adalah sumber protein semulajadi.
  • Daging kambing kaya dengan vitamin dan mineral yang menyokong kesihatan
  • Membekal tenaga untuk tubuh badan.
  • Bahan perap yang mengandungi herba semulajadi baik untuk menyokong imun tubuh manusia.

Oleh yang demikian, hidangan kambing bakar beserta perapan ini bagus untuk kesihatan selain tubuh badan selain menikmati rasanya yang enak dan sedap.

Resepi Sos Perap Kambing Bakar

Jika anda peminat resepi kambing perap dan kambing bakar, anda wajib mencuba resepi yang dikongsikan oleh Aryn Locos ini. Bahan-bahan ini dikongsikan beliau di dalam group facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) dan telah mendapat ratusan tanda suka dan komen dari warganet. 

“Resepi ini sangat sesuai dijadikan hidangan keluarga mahupun hidang semasa majlis makan-makan” menurutnya lagi. Bahan perap kambing yang dikongsikan ini sesuai untuk hidangan 2 orang sahaja. Maka jika anda nak lebih boleh gandakan sukatan bahan-bahan yang diberikan. Jom cuba resepi ini..

Bahan-bahan

  • Daging kambing, 5 ke 6 slice
  • Sos tiram
  • Sos lada hitam kimball
  • Kicap 3 sudu besar.
  • Halia yang ditumbuk halus.
  • Gula perang.
  • Serbuk lada hitam
  • Daun rosemary

Cara penyediaan

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul hingga sebati. 
  2. Nak lebih sedap boleh perap daging kambing hingga lebih dari sehari di dalam peti sejuk.
  3. Kalau nak jimat masa boleh juga bekukan daging kambing dan sos perap tadi di dalam bekas. Boleh defrost bila nak makan. 
  4. Cara masak adalah bakar dalam ketuhar selama 1 ke 1 setengah jam, pada suhu 200 darjah celsius.
  5. Boleh celup dengan kuah blackpepper kalau nak lebih sedap. Selamat mencuba!
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.

Sos Perap Kambing : https://shp.ee/tdh7mnp

Ketuhar : https://shp.ee/873vzzf

Sos Carbonara : https://shp.ee/nph6aw7

Kimball Blackpepper : https://shp.ee/u52ka77

Akhir Kata

Bagi yang gemar mencuba resepi baru pasti ingin mencuba resepi ini, namun bagi yang nak cepat dan mudah boleh sahaja membeli sos perap kambing ready made yang terdapat di pasaran. Kalau nak jimat lagi boleh dapatkan di Shopee kerana lebih murah. Semoga resepi ini membantu anda untuk menikmati kambing perap yang sedap lagi enak.

error: Content is protected !!
Exit mobile version