Resepi Kari Sotong Pekat Tanpa Santan Tapi Rasa Sama Sedap

Resepi Kari Sotong

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 15 minit

ionicons-v5-j

Menu: 5-6 orang

Hidangan sotong adalah antara lauk yang sedap dan menjadi pilihan apabila keluar makan di luar. Tetapi sebenarnya anda boleh mencuba sendiri resepi kari sotong di rumah dengan bajet yang lebih murah berbanding membeli di kedai. Jom lihat resepi kari sotong yang dikongsikan oleh saudari Nurul Ateekah ini.

Resepi ini unik kerana tidak menggunakan bahan santan di dalam resepinya, jadi ia sesuai untuk orang yang tidak boleh makan santan dan susu. Jom lihat resepinya:

Bahan-Bahan:

  • 1 kilo sotong (dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • 3 sudu perahan asam jawa
  • 1 buah tomato (dibelah 6)
  • 2-3 sudu besar daun ketumbar
  • Minyak masak secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • 7 sudu besar serbuk kari ikan
  • Sedikit air (jadikan paste)

P/s: Tidak perlu menggunakan air, kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri 😊

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.
  2. Masukkan paste rempah kari (serbuk kari ikan + sedikit air) dan gaulkan sebati. Masak sehingga pecah minyak dengan menggunakan api sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah kelihatan cantik. Sentiasa kacau.
  3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap. Masih menggunakan api sederhana.
  4. Masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi, masak seketika.
  5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan. Tunggu sehingga sedikit kering dan tutup api.
  6. Hidangkan sotong kari pekat tanpa santan anda.

Tips:

  1. Pastikan sotong yang digunakan segar untuk mendapatkan rasa yang lebih enak dan tekstur yang lebih kenyal.
  2. Pastikan rempah kari dimasak sehingga pecah minyak. Ini penting untuk memastikan rempah benar-benar masak dan mengeluarkan aroma serta rasa yang terbaik.
  3. Tidak perlu menambah air semasa memasak sotong kerana sotong akan mengeluarkan airnya sendiri. Ini akan membantu mengekalkan rasa asli sotong dan membuat kari lebih pekat.
  4. Sentiasa kacau rempah dan bahan-bahan lain semasa menumis untuk memastikan masakan tidak hangus dan rempah sebati dengan bahan lain.
  5. Jangan masak sotong terlalu lama kerana ia boleh menjadi keras. Masak sehingga sotong baru sahaja masak untuk mengekalkan tekstur yang lembut dan kenyal.

Kredit Nurul Ateekah

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top