Cara Perap Kambing Bakar Dirumah

Cara Perap Kambing

Cara perap kambing bakar menggunakan bahan asli adalah hidangan yang popular dalam kalangan orang Melayu, terutamanya apabila menyambut kenduri makan seperti majlis perkahwinan, BBQ, mahupun sebagai menu hidangan semasa untuk keluarga.

Untuk hidangan semasa bersama keluarga, anda boleh sahaja menyediakan sendiri ramuan perap kambing bakar untuk dijadikan sebagai makanan ready made dan disimpan di dalam peti sejuk, jadi anda hanya perlu defrost dan panaskan dengan menggunakan ketuhar sahaja, mudah bukan?

Rahsia Kambing Perap Sedap

Walaupun nak perap kambing bakar ini nampak mudah sahaja, tapi sebenarnya ada cara tertentu untuk buat kambing bakar agar lebih sedap dan enak selepas dibakar. Rahsia ini banyak digunakan oleh kebanyakkan penjual kambing golek atau kambing bakar agar aroma perapan lebih naik dan tahan lama. Antara rahsianya adalah:

  • Simpan daging yang diperap selama 2 hari, aroma perapan akan meresap ke dalam daging menjadikan ia lebih sedap dan juicy.   
  • Gunakan bahan asli sendiri, kurangkan menggunakan serbuk yang dibeli.
  • Boleh campurkan jus lemon ke dalam adunan perapan, jus lemon ini akan memberikan rasa masam manis pada kambing perap.

Resepi Kambing Perap Black Pepper 

Terdapat banyak cara dan ramuan yang digunakan untuk dijadikan sebagai bahan perap ini, ada yang menggunakan ready made sos blackpepper dan ada yang membuat sendiri bahan-bahan ini hingga menjadi ramuan asli. Disini kami turut kongsikan resepi kambing perak blackpepper yang dikongsikan oleh Mazita Awang, resepi ini menggunakan bahan-bahan asli untuk menaikkan aroma kambing perap. Jom kita lihat…

Bahan-bahan

  • Bawang putih ditumbuk halus
  • Lada hitam ditumbuk halus
  • Sos cili.
  • Sos tomato
  • Sos tiram

Cara penyediaan

  1. Bawang putih dan lada hitam ditumbuk halus, kalau boleh tumbuk dengan batu lesung sebab kalau guna blender nanti jadi halus. Aroma bahan asli ini akan hilang.
  2. Gaulkan bersama-sama sos cili+sos tiram+sos tomato. Kacau hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan daging kambing dan sapu hingga rata semua perapan tadi.
  4. Nak lebih sedap, perap di dalam peti sejuk selama 2 hari, biarkan semua bahan perapan meresap ke dalam daging kambing.
  5. Bila nak makan, boleh bakar dengan ketuhar hingga masak. Siap!
  6. Perapan ini boleh juga digunakan untuk perap daging ayam. Rasanya best!
  7. Sukatan bahan-bahan di atas anda boleh adjust biar kena dengan lidah dan citarasa anda. 
Cara Perap Kambing
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.

Sos Perap Kambing : https://shp.ee/tdh7mnp

Ketuhar : https://shp.ee/873vzzf

Sos Carbonara : https://shp.ee/nph6aw7

Kimball Blackpepper : https://shp.ee/u52ka77

Akhir Kata

Boleh dikatakan cara perap kambing ini mudah untuk dibuat di rumah sahaja. Ditambah pula dengan menggunakan ketuhar menjadi proses bakar kambing perap menjadi lebih mudah. Oleh sebab itu, tidak salah jika anda mencuba sendiri resepi ini untuk dijadikan stok home made di rumah anda. Anda juga mungkin meminati artikel  Sos Perap Kambing. Selamat mencuba!  

Scroll to Top
Scroll to Top