Resepi Waffle Mudah Nak Buat Anak-Anak Mesti Suka

Resepi Waffle Mudah

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 10 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Resepi waffle adalah hidangan yang popular untuk dinikmati seisi keluarga, menu waffle ni sangat digemari terutamanya oleh kanak-kanak. Ditambah pula dengan gabungan filling coklat dan strawberry menjadikan ia pilihan untuk dijadikan sebagai menu ringan setiap hari. Jom tengok cara buat waffle mudah dan simple yang dikongsikan oleh saudari Nonie Nuar ini.

Adunan yang dikongsikan ini adalah versi mudah dan ringkas tapi masih boleh menghasilkan waffle yang rangup dan sedap.

Baca juga artikel : Resepi Waffle Crispy 

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam

Bahan-Bahan Basah:

  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

  1. Dalam satu mangkuk, campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, gula, dan garam. Kacau hingga sebati.
  2. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan susu segar, minyak, telur, dan esen vanila. Kacau hingga sebati menggunakan whisk.
  3. Campurkan bahan basah ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
  4. Biarkan adunan seketika selama 15-30 minit.
  5. Sapukan sedikit butter atau planta pada waffle maker.
  6. Tuang 2 senduk adunan ke dalam waffle maker.
  7. Masak hingga waffle garing dan berwarna keemasan.

Tips:

  1. Untuk mendapatkan waffle yang lebih fluffy, pastikan adunan rehat selama 15-30 minit.
  2. Hidangkan dengan filing seperti coklat, kacang tanah, atau strawberry.

Kredit Nonie Nuar

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top