Share/simpan resepi ini
Join Telegram Channel
Nak lebih banyak koleksi resepi setiap hari? Join Telegram Channel kami. Tekan link Telegram di bawah
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Menu: 10+ orang
Mudah je nak buat waffle sekarang ni, beli je waffle maker dah boleh buat waffle, anak-anak pon mesti suka buat sarapan hari-hari. Buat sendiri pon lagi jimat daripada beli kat luar. Nak lagi best cuba try resepi waffle crispy yang dikongsi oleh saudari Nor Asiah ni, rahsia nak waffle sedap ada pada adunan waffle tu.
Korang boleh cuba buat waffle crispy ni guna bahan-bahan yang dikongsikan, aduanan dia guna bahan-bahan asas je. Jom lihat:
Bahan-Bahan:
- 3 Cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan air
- 1 cawan susu full cream
- 3/4 cawan minyak masak/butter cair
- 2 biji telur
- Sedikit vanila esen
- 2 sudu makan susu tepung
- 3 sudu gula kastor
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu makan baking powder
- 1/4 sudu teh baking soda
Cara Penyediaan:
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
- Pukul hingga sebati.
- Biar adunan 10 ke 15 minit.
- Masukkan dalam maker. Siap.
Tips:
- Biarkan adunan rehat lebih lama (20-30 minit) untuk hasil waffle yang lebih rangup.
- Pastikan waffle maker cukup panas sebelum menuang adunan untuk mendapatkan tekstur yang rangup.
- Untuk rasa lebih sedap, gunakan butter cair berbanding minyak masak.
- Jika tak habis, simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk dan panaskan semula dalam oven untuk mengekalkan kerangupan.
- Boleh try topping coklat, kacang tanah dan DLL.