Resepi Spaghetti Aglio Olio Simple & Mudah

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 10 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-5 orang

Suka makan spaghetti wajib cuba versi aglio olio pulak, kalau korang belum tahu aglio olio bermaksud garlic and olive oil dalam bahasa itali. Kombinasi 2 bahan ini boleh memberikan rasa enak pada masakan anda, selain ia juga bahan yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Jom tengok cara buat spaghetti aglio olio yang dikongsikan oleh  Nur Masri ni.

Resepi ini sangat ringkas dan simple untuk hidangan spagetti, boleh cuba untuk dinikmati seisi keluarga anda.

Baca juga artikel : Resepi Roti Sarang Lebah

Bahan-Bahan:

  • 1 paket spaghetti
  • 1 mangkuk udang
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar chili flakes
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk oregano
  • Sedikit daun parsli (dihiris halus)
  • 1 kiub ayam
  • 3 keping keju (jika suka)
  • Tomato (dipotong)
  • Minyak masak atau minyak zaitun
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Rebus spaghetti bersama 1 sudu minyak masak dan sedikit garam selama 7-8 minit.
  2. Toskan dan simpan sedikit air rebusan untuk kegunaan kemudian.
  3. Panaskan minyak zaitun atau minyak masak.
  4. Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan chili flakes dan daun parsli.
  5. Masukkan udang dan masak selama 1 minit.
  6. Tambahkan sedikit air rebusan spaghetti yang telah disimpan.
  7. Masukkan serbuk oregano, serbuk lada hitam, keju, dan kiub ayam.
  8. Masak seketika sehingga keju cair dan bahan sebati.
  9. Masukkan spaghetti dan tomato, gaul rata.

Tips:

  1. Boleh tambah sotong atau sosej.
  2. Tambahkan keju untuk rasa lebih berkrim jika suka.
  3. Kalau nak lebih rasa aglio olio, tambah lagi bawang putih dan minyak zaitun.

Kredit Nur Masri

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top