Resepi Roti Sarang Lebah Butterscotch Lembut & Gebu

Resepi Roti Sarang Lebah

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 22 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Mana-mana yang suka makan roti wajib cuba resepi roti sarang lebah butterscotch ni. Biasanya kalau beli di kedai roti sarang lebah ni kurang fresh dan harganya agak mahal, namun dengan adanya mesin buat roti sekarang ni menjadikan anda boleh buat sendiri doh roti yang lembut dan gebu di rumah. Jom tengok resepi dari saudari Wan Raudzah Wan Ismail ni.

Resepi roti sarang lebah perasa butterscotch ni boleh dibuat samada dengan menggunakan bread maker ataupon mixer. Jom lihat:

Baca juga artikel : Resepi Portuguese Egg Tart 

Bahan-Bahan Doh:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh yis kering
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/4 cawan yogurt biasa (suhu bilik)
  • 1/4 cawan minyak bunga matahari
  • 1/2 cawan air

Bahan-Bahan Butterscotch Sauce:

  • 1/2 cawan gula perang (bukan gula merah)
  • 1/2 cawan krim putar
  • Secubit garam
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 25g mentega

Cara Penyediaan Doh :

  1. Menggunakan Breadmaker: Masukkan bahan cair diikuti bahan kering.
  2. Menggunakan Mixer: Masukkan bahan kering diikuti bahan basah.
  3. Uli hingga doh menjadi licin dan kenyal.
  4. Biarkan doh naik dua kali ganda di tempat yang sedikit panas atau tertutup.
  5. Setelah doh naik, tumbuk-tumbuk untuk mengeluarkan angin.
  6. Sapukan tangan dengan minyak dan ambil doh sebesar guli. Susun rapat dalam loyang yang disapu sedikit minyak.
  7. Ulangi sehingga habis. Jika doh melekat, sapukan tangan dengan minyak.
  8. Taburkan biji labu dan hirisan badam jika suka. Biarkan doh naik dua kali ganda lagi.
  9. Sementara menunggu, panaskan oven. Masa pembakaran dan suhu bergantung pada jenis oven.
  10. Bakar pada suhu 180°C selama 22 minit.
  11. Keluarkan dari oven dan sapukan mentega di atasnya. Tuangkan sos butterscotch.

Cara Penyediaan Butterscotch Sauce:

  1. Cairkan mentega dalam periuk kecil.
  2. Masukkan gula perang, kacau hingga gula cair dan berbuih.
  3. Tuangkan krim putar perlahan-lahan sambil mengacau.
  4. Masukkan esen vanila dan kacau sehingga sebati.
  5. Matikan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas. Sejukkan sedikit sebelum digunakan sebagai topping.

Tips:

  1. Gunakan yogurt pada suhu bilik untuk tekstur yang lebih baik.
  2. Jika doh melekat, sapukan sedikit minyak pada tangan.
  3. Sos butterscotch boleh disediakan lebih awal dan disimpan.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top