Resepi Puff Pastry Tuna Cheese Santapan Enak Western

Resepi Puff Pastry Tuna Cheese

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 2-4 orang

Dengan adanya puff pastry ready made ni sekarang mudah je nak buat hidangan terutamanya hidangan belah western atau makanan ala barat. Terdapat banyak jenis puff pastry yang boleh didapati di kedai dan pasaraya. Antara yang popular digunakan adalah puff pastry jenama “Kawan”.

Bagi yang nak cuba resepi puff pastry boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh saudari Pijah Pak Ulong iaitu puff pastry tuna cheese. Detail resepi di bawah:

Bahan-bahan:

  • 1 tin tuna (atau sardin sebagai alternatif)
  • Puff pastry square
  • Cheddar cheese slices (dipotong kecil-kecil)
  • 1 biji telur (dicampur dengan sedikit susu cair)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • Cabai Melaka atau cabai hidup (untuk rasa pedas)
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Lenyekkan tuna bersama bawang besar, cabai, garam, dan lada sulah hingga sebati.
  2. Letakkan inti tuna di tengah puff pastry.
  3. Letakkan sedikit cheese di atas inti tuna.
  4. Lipat puff pastry seperti dalam gambar di atas.
  5. Tekan tepi pastry dengan garfu untuk memastikan ia melekat.
  6. Sapu campuran telur dan susu cair di atas pastry untuk memberikan warna keemasan.
  7. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau hingga keemasan. Sesuaikan masa dengan oven masing-masing.

Tips:

  1. Inti tuna boleh diubah mengikut citarasa, seperti menambah sayuran atau rempah lain.
  2. Pastikan tepi pastry ditekan dengan baik untuk mengelakkan cheese meleleh keluar semasa membakar.
  3. Gunakan campuran telur dan susu cair untuk sapuan atas pastry bagi mendapatkan warna yang lebih cantik.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top