Resepi Coslow Rasa Sama Macam Di KFC

Resepi Coslow KFC

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 10 minit

Masa Memasak: 10 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Kalau korang suka makan ayam goreng KFC mesti korang sinonim dengan resepi coslow @ coleslaw kan? Coleslaw ini adalah hidangan sampingan kepada menu ayam goreng di negara barat. Ia juga sesuai jadikan menu untuk anda yang suka makan sayur dan juga menu diet. Kalau korang nak cuba buat coleslaw boleh tengok resepi yang dikongsikan oleh saudari Mamapapa Rea ini.

Resepi coslow ala KFC ini sebenarnya sangat simple untuk dibuat dan hanya memerlukan beberapa bahan sahaja, lagi sedap bila dinikmati sejuk-sejuk.

Baca juga artikel : Resepi Bergedil Kentang

Bahan-Bahan:

  • 1/4 kobis (buang bahagian keras dan hiris dadu)
  • 1 lobak merah (sagat dan hiris dadu)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 5 sudu besar mayonis kesukaan anda
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Gaul sebati kobis yang telah dihiris dadu dengan lobak merah yang juga dihiris dadu dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan setengah cawan susu segar ke dalam campuran kobis dan lobak merah.
  3. Tambahkan 5 sudu besar mayonis, atau lebih mengikut selera anda, ke dalam campuran tadi.
  4. Masukkan 1 sudu besar gula dan 1 sudu teh garam. Gaul hingga semua bahan sebati.
  5. Simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sehingga sejuk sepenuhnya untuk rasa yang lebih sedap.

Tips:

  1. Pastikan hirisan kobis dan lobak merah adalah kecil dan halus untuk mendapatkan tekstur yang serupa dengan coleslaw KFC.
  2. Rasa dan sesuaikan perasa (gula dan garam) mengikut citarasa anda sebelum menyimpan dalam peti sejuk.
  3. Coleslaw ini lebih sedap apabila disimpan semalaman dalam peti sejuk kerana semua bahan akan sebati dengan baik.

Selamat mencuba dan nikmati coleslaw ala KFC anda bersama ayam goreng!

Kredit Mamapapa Rea

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top