Resepi Udang Masak Merah Berempah Campak-Campak Dah Siap

Resepi Udang Masak Merah

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 25 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 3-4 orang

Selain ayam, lauk udang juga mejadi pilihan yang sesuai untuk dimasak style masak merah. Hidangan masak merah ini juga boleh dibuat pedas ataupun kurang pedas mengukut kesesuaian selera masing-masing. Namun biasanya dibuat dalam style pedas.

Kali ini kami kongsikan resepi udang masak merah oleh Natasha Qalisya, resepi ini telah mendapat ratusan tanda suka dan ulang siar di laman FB. Keunikan resepi ini adalah ia menggunakan campuran rempah untuk hidangan yang lebih lazat.

Baca juga artikel : Resepi tomyam campur

Bahan-bahan:

  • 500 gram udang  
  • 2 sudu besar rempah kari Babas ayam/ikan  
  • 2 sudu besar serbuk cili  
  • 2 sudu besar sos cili  
  • 1 sudu besar sos tiram  
  • 1 sudu besar kicap ABC  
  • 1 sudu kecil lada hitam  
  • Sedikit garam dan perencah secukup rasa  
  • 1-2 pelepah daun kari  
  • Bawang putih dan bawang merah (dihiris)  
  • Sedikit air kosong  
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:  

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  3. Masukkan semua bahan: rempah kari, serbuk cili, sos cili, sos tiram, kicap ABC, dan lada hitam. Tumis hingga pecah minyak, tambahkan sedikit air jika perlu.
  4. Setelah rempah pecah minyak, masukkan udang.
  5. Tambah garam dan perencah secukup rasa. Masak hingga udang masak dan kuah kering sedikit.
  6. Jika suka kuah, boleh tambahkan lebih banyak air.

Tips:  

  1. Pastikan rempah benar-benar pecah minyak sebelum memasukkan udang untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
  2. Gunakan udang segar untuk hasil hidangan yang terbaik.
  3. Jika suka pedas, boleh tambahkan lebih banyak serbuk cili atau cili padi.
  4. Daun kari memberikan aroma yang wangi, jangan lupa masukkan untuk rasa yang lebih enak.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top