Resepi Ikan Masak Asam Sedap Untuk Dimakan Waktu Malam

Resepi Ikan Masak Asam

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 25 minit

Masa Memasak: 15 minit

ionicons-v5-j

Menu 3-4 orang

Resepi ikan masak asam adalah antara menu yang enak dimakan, ia juga salah satu makanan tradisi orang melayu. Terdapat banyak variasi ikan masak asam ini, ada yang rebus, pedas, dan ada juga yang khas untuk orang berpantang. Kali ini kami kongsikan satu resepi ikan masak asam simple daripada saudari Akma Abdullah. 

Munurut Akma Abdullah, hidangan masak asam ini sesuai dijadikan makanan pada waktu malam kerana ia sungguh sedap dan mudah untuk disediakan. Berikut adalah resepinya:

Bahan-bahan :

  • Ikan  
  • Air asam jawa (ikut tahap kemasaman yang diingini)  
  • 2 biji bawang merah (hiris)  
  • 2 ulas bawang putih (hiris)  
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)  
  • Cili (ikut tahap kepedasan yang diingini)  
  • Halia (tak letak pun boleh)  
  • Gula (sikit je)  
  • Garam  
  • Kunyit  

Cara Penyediaan :  

  1. Goreng ikan dengan kunyit dan garam.  
  2. Guna minyak gorengan ikan tadi, tumis bawang merah dan bawang putih sampai wangi.  
  3. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.  
  4. Masukkan ikan, bawang besar, cili, gula, dan garam. Perlahankan api dan tunggu sehingga bawang layu.  
  5. Tutup api. Ikan masak asam siap untuk dihidangkan.

Baca juga resepi : Resepi Dalca Sayur

Tips :  

  1. Tambah sedikit gula untuk seimbangkan rasa masam, masin, dan manis. Jangan letak terlalu banyak gula, cukup untuk mengimbangi rasa sahaja.  
  2. Halia boleh ditambah untuk memberi sedikit rasa pedas dan aroma tambahan.

Kredit Akma Abdullah

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top