Resepi Mee Kicap Ayam Goreng Manis-Manis Enak

Resepi Mee Kicap Ayam Goreng

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-5 orang

Resepi mee kicap ini biasanya dimakan bersama wantan ataupon dikenali dengan mee wantan. Selain itu, mee kicap ini juga boleh dihidang bersama ayam goreng, fish ball dan banyak lagi. Ia juga boleh dijadikan menu utama untuk hidangan hujung minggu anda. Nak belajar buat mee kicap jom tengok resepi yang dikongsikan oleh saudari Qasih Jue Aisya ini.

Resepi ini asalnya menggunakan Mee Wantan, namun kalau tiada boleh disesuaikan dengan menggunakan mee segera sahaja. Resepi di bawah:

Bahan-Bahan:

  • Dada ayam
  • Lada sulah
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Garam
  • Minyak masak
  • Minyak bijan
  • Bawang putih
  • Tepung jagung (2 sudu makan)
  • Air
  • Sos tiram
  • Gula perang

Cara Penyediaan:

  1. Perap dada ayam dengan lada sulah, kicap pekat, kicap manis, dan garam selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak masak bersama sedikit minyak bijan untuk aroma yang wangi.
  3. Tumis bawang putih hingga keperangan.
  4. Masukkan air ke dalam kuali yang digunakan untuk menumis bawang putih.
  5. Tambahkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram, gula perang, dan garam. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda.
  6. Campurkan tepung jagung dan kacau sehingga kuah kicap mendidih dan pekat.
  7. Goreng ayam yang telah diperap menggunakan api sederhana hingga masak sempurna.
  8. Celur sayur dan mee kering (dried noodles) hingga lembut.
  9. Gaul mee yang telah dicelur dengan kuah kicap tadi. Jika mahu mee lebih gelap, tambahkan kicap pekat.

Tips:

  1. Gunakan minyak bijan semasa menumis untuk mendapatkan aroma yang lebih wangi.
  2. Pastikan kuah kicap mendidih dan pekat sebelum dihidangkan bersama mee.
  3. Perap ayam selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk rasa yang lebih meresap.
  4. Jika mahu mee lebih gelap dan berperisa, tambahkan kicap pekat mengikut citarasa.

Selamat mencuba resepi Mee Kicap yang sedap dan mudah ini!

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top