Resepi Mee Kari Nyoya Sambal Udang Menu Turun Menurun

Resepi Mee Kari

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 40 minit

ionicons-v5-j

Menu: 5-7 orang

Resepi mee kari nyoya adalah menu warisan daripada keturunan baba nyonya yang popular di Malaysia. Keistimewaan utama menu ini adalah pada rasa dan tekstur kuah karinya yang pekat, sedap dan kena dengan citarasa baba nyoya. Jom lihat resepi mee kari nyoya yang dikongsikan oleh saudara Tuan Adriana Arissa ini.

Resepi ini merangkumi semua bahan yang perlu ada pada mee kari iaitu resepi kuah dan sambal udang. Jom lihat resepi penuh di bawah:

Bahan-Bahan Kuah Mee Kari:

  • Setengah ekor ayam (dipotong kecil)
  • 5 biji bawang merah kecil (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 3 biji buah keras (dikisar)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering (direndam seketika dan dikisar)
  • 2 tangkai daun kari
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 batang bunga kantan
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 8 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar cili kering kisar (boleh tambah kalau nak lebih pedas)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 keping asam keping
  • Santan secukupnya (3 cawan)
  • Garam secukup rasa
  • Gula (guna nisan untuk rasa yang unik)

Bahan Sambal Udang Kering:

  • 2 sudu besar udang kering (direndam seketika dan dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cawan cili kering (dikisar)
  • Garam secukup rasa
  • Gula (guna nisan untuk warna sambal yang cantik)

Bahan-Bahan Mee Kari:

  • Sawi
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
  • Mee kuning
  • Cili besar
  • Limau kasturi atau limau nipis

 

Cara Penyediaan Kuah Mee Kari:

  1. Kisar semua bahan-bahan kisar hingga halus.
  2. Panaskan minyak yang mencukupi, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, dan bunga cengkih.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar (bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, buah keras, daun kari, dan udang kering). Tumis hingga masak dan kekuningan.
  4. Tambahkan daun kesum dan serai, tumis sebentar.
  5. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh bersama cili kisar dan sedikit air. Tumis hingga rempah garing dan naik minyak.
  6. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Tumis hingga air ayam keluar.
  7. Tambahkan santan dan air secukupnya untuk kuah. Biarkan mendidih.
  8. Masukkan kiub pati ayam, kiub pati ikan bilis, asam keping, garam, dan gula. Sesuaikan rasa mengikut citarasa.
  9. Setelah kuah mendidih dan pekat, masukkan fishball, fishcakes, dan tauhu pok. Tambahkan kerang jika suka.
  10. Setelah semua bahan masak, rasa kuah dan tutup api.

Cara Penyediaan Sambal:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis semua bahan kisar hingga benar-benar masak dan garing.
  3. Tambahkan gula dan garam. Tumis hingga sambal naik minyak dan bertukar warna merah yang cantik.

Cara Penyediaan Mee Kari:

  1. Celur mee, sawi, dan taugeh seketika.
  2. Hidangkan mee dengan kuah kari, sambal udang kering, dan bahan-bahan lain seperti telur rebus, bawang goreng, cili besar, dan limau.

Tips:

  • Pastikan bahan-bahan kisar benar-benar halus untuk mendapatkan kuah yang licin.
  • Tumis rempah hingga betul-betul garing untuk mengeluarkan aroma dan rasa yang sempurna.
  • Sesuaikan jumlah cili kisar mengikut tahap kepedasan yang diinginkan.
  • Gunakan nisan untuk rasa gula yang unik dan warna sambal yang menarik.

Selamat mencuba resepi Mee Kari Nyonya yang lazat ini!

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top