Resepi Lala Kam Heong Sedap dan Mudah Nak Follow

Resepi Lala Kam Heong

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 25 minit

ionicons-v5-j

Menu: 5-6 orang

Korang suka makan lala mestinya nak tahu cara masak lala yang sedap dan kena dengan selera masing-masing. Antara hidangan lala yang popular adalah resepi lala kam heong. Kalau korang nak belajar buat resepi lala kam heong ini bolehlah lihat perkongsian daripada saudari Liza Idris ini.

Resepi lala yang dikongsikan sangat mudah dan enak untuk dinikmati, jom lihat resepi di bawah:

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg lala
  • 1 sudu besar udang kering (ditumbuk atau dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar/Holland (dicincang)
  • 2 inci halia (dimayang halus)
  • 4 biji cili padi (dihiris halus atau diketuk; boleh juga guna cili kering)
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit daun sup (untuk hiasan)
  • Sedikit garam dan gula

Bahan Pes:

  • 1 1/2 sudu besar rempah kari (dibancuh dengan air)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, halia, dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan daun kari dan tumis hingga naik bau harum.
  3. Tambahkan udang kering dan cili padi ke dalam kuali dan teruskan menumis.
  4. Masukkan pes yang telah disediakan (rempah kari, sos tiram, dan kicap) dan masak hingga sebati.
  5. Tambahkan 1 cawan air dan biarkan kuah mendidih hingga pekat sedikit.
  6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.
  7. Masukkan lala dan gaul sebati. Masak selama kira-kira 5 minit hingga lala masak sepenuhnya.
  8. Taburkan daun bawang dan sedikit daun sup sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

Tips:

  1. Ketuk cili padi jika tidak tahan pedas, atau hiris halus jika suka lebih pedas.
  2. Pastikan udang kering ditumbuk atau dicincang halus untuk mengeluarkan lebih banyak rasa.
  3. Biarkan kuah mendidih hingga pekat untuk mendapatkan rasa yang lebih kaya.

Kredit Liza Idris

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top