Resepi Lala Masak Serai Simple Untuk Hidangan Keluarga

Resepi Lala Masak Serai

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-6 orang

Selain kerang, lala juga adalah antara lauk menu yang popular dalam kalangan warganet. Yang bestnya lagi lauk lala ini boleh dihidangkan bersama style masakan melayu contoh lala masak serai ini.  Kali ini jom kita lihat resepi lala masak serai oleh saudara Mohd Rozmie untuk rujukan anda.

Juadah lala ini sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga dan boleh dihidangkan bersama-sama nasi putih, jom lihat resepinya:

Baca juga artikel : Cara Betul Rebus Kerang

Bahan-bahan:

  • 1 kilo lala
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang holand
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan:

  1. Lala dibersih. Tak perlu di buka kulitnya.
  2. Panaskan sedikit minyak.
  3. Tumis bawang putih, baru naik bau wangi bawang dalam masakan nanti.
  4. Masukkan lala, gaul hingga sebati.
  5. Masukkan halia.
  6. Masukkan serai yang telah diketuk.
  7. Masukkan bawang besar holand.
  8. Masukkan secawan air untuk kuahnya. 
  9. Masukkan 2 sudu besar sos tiram.
  10. Masukkan sedikit garam dan gula
  11. Masukkan cili yang telah di potong kasar. Gaul sebati dan tunggu sehingga mendidih.
  12. Akhir sekali bila kuah dah mendidih, masukkan tomato dan tutup api,
  13. Gaul tomato bagi tenggelam dan layu dalam kuah. Dah boleh di hidangkan.

Tips:

  1. Gunakan lala yang segar untuk rasa lebih sedap
  2. Kalau nak lebih rasa serai boleh tambah serai

Kredit Mohd Rozmie

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top