Resepi Kupang Masak Sambal Pedas Berapi (Wajib Cuba)

Resepi Kupang Masak Sambal

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 7 minit

ionicons-v5-j

Menu 4-5 orang

Resepi kupang masak pedas berapi antara resepi yang jarang dicuba oleh orang Malaysia. Ini mungkin disebabkan nak dapat kerang tu agak sukar ditambah pula harga kerang yang segar agak mahal. Namun, hidangan ini masih berbaloi untuk dinikmati dan dicuba. Kali ini kami kongsikan resepi kupang masak pedas oleh Leeyana Aziz.

Resepi ini sangat sesuai buat makan malam dan yang penting anda juga boleh pilih sendiri dan tahap pedas atau kurang pedas. Jom lihat resepinya:

Baca juga artikel : Resepi ketam masak lemak

Bahan-bahan :

  • 3 genggam isi kupang (dikeluarkan dari cangkerangnya setelah direbus dan dibersihkan)  
  • 2 biji bawang merah saiz pingpong  
  • Halia 1/2 saiz ibu jari  
  • 2 siung bawang putih  
  • 3 batang cili merah besar  
  • 10 batang cili hijau kecil  
  • 1 sudu makan cili kisar  
  • Sedikit kicap  
  • Garam, perisa, dan gula  

Cara Penyediaan :  

  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan cili merah besar yang dipotong kasar dan cili hijau. Goreng sehingga layu, angkat, toskan, dan ketepikan. Tumbuk kasar.  
  2. Tumbuk juga 1 1/2 biji bawang merah, bawang putih, dan halia.  
  3. Dengan menggunakan sedikit minyak baru atau lebihan minyak tadi, tumis semua bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.  
  4. Masukkan sesudu makan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.  
  5. Masukkan kupang dan kacau sebati.  
  6. Masukkan baki bawang merah yang telah dihiris ke dalam sambal.  
  7. Tambah sedikit kicap dan perasakan dengan garam, ajinomoto, dan sedikit gula.  
  8. Kacau hingga sebati dan masak sehingga bahan-bahan mesra.  
  9. Hidangkan dan selamat mencuba!

Tips :  

  1. Gunakan cili merah besar atau cili hijau kecil untuk kepedasan yang seimbang.  
  2. Tambah kicap sedikit demi sedikit untuk mendapatkan rasa yang diingini.  
  3. Masak dengan api sederhana agar sambal tidak hangus.
  4. Tambahkan sedikit air jika sambal terlalu kering.

Kredit Leeyana Aziz

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top