Resepi Kerang Rebus Kerabu Masam Manis Ala Thai

Resepi Kerang Rebus

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 15 minit

ionicons-v5-j

Menu: 5-7 orang

Rebus kerang pon mesti ada cara nak bagi lagi sedap, korang yang suka makan kerang tu jangan ingat rebus dan makan je kerang tu. Ada cara nak hidangkan kerang ni biar jadi lagi sedap dan enak. Jom lihat resepi kerabu kerang thai oleh saudari Fia Sofia ni memang best buat makan seisi keluarga.

Resepi kerabu kerang ni korang boleh adjust rasa nak masin, pedas, manis atau pedas. Nak tahu jom tengok resepi dia:

Baca juga artikel : Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan:

  • 1 kg kerang
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula kabung
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 4 biji limau nipis
  • 3 biji tomato (dipotong)
  • 1 batang carrot (dipotong halus memanjang)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 5 biji cili api (ditumbuk)
  • 1 sudu teh serbuk perasa

Cara Penyediaan:

  1. Basuh kerang dan rebus bersama 1 sudu kecil garam.
  2. Buang air rebusan kerang dan segera masukkan ais dan air sejuk dari peti ais untuk mengelakkan kerang menjadi kecut. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
  3. Satukan air asam jawa, cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa, dan gula kabung dalam bekas yang sesuai.
  4. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
  5. Akhir sekali, perahkan limau nipis dan campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dihiris, dan carrot. Gaul hingga sebati.
  6. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Tips:

  1. Masin, pedas, manis, dan masam boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing.
  2. Gunakan kerang yang segar untuk rasa yang lebih segar.

Kredit Fia Sofia

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top