Share/simpan resepi ini
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 45 minit
Menu: 10+ orang
Resepi kek red velvet kukus adalah resepi yang ramai dicari oleh warganet, ini kerana ramai yang ingin mencuba buat resepi kek red velvet hanya dengan menggunakan bahan-bahan simple dan masak menggunakan pengukus sahaja. Jangan risau kerana anda boleh follow resepi yang dikongsikan oleh saudari Noor Nira ini.
Resepi kek red velvet kukus ini boleh diikuti terutamanya bagi anda yang tidak mempunyai oven, malah resepi ini juga menggunakan bahan-bahan asas buat kek sahaja, resepi ada di bawah:
Lihat juga resepi : Resepi Kek Batik Coklat Super Crunchy dan Kurang Manis
Bahan A:
- 2 cawan tepung superfine
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil garam halus
- (Satukan dan kacau hingga sebati menggunakan whisk)
Bahan B:
- 1 1/2 cawan gula aising
- 1 cawan minyak jagung
- 2 biji telur gred A
- Esen creamy vanilla secukupnya
- Pewarna bright red secukupnya
- (Mix hingga kembang)
Bahan C:
- 1 cawan susu segar + 2 sudu besar cuka (Buttermilk)
- 2/3 cawan air panas
Topping Cream Cheese:
- 500 gram cream cheese (jenama tartura)
- 1 cawan susu pekat manis (jenama F&N)
- Esen creamy vanilla secukupnya
- (Mix hingga sebati)
Cara Penyediaan:
- Dalam mangkuk besar, mix Bahan B hingga kembang.
- Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B secara berselang-seli dengan Bahan C. Kacau hingga adunan sebati.
- Sediakan loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapisi dengan kertas minyak atau disapu mentega.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
- Untuk topping, mix cream cheese, susu pekat manis, dan esen creamy vanilla hingga sebati.
- Setelah kek masak dan sejuk, sapukan topping cream cheese di atasnya dengan tebal.
Tips:
- Pastikan air dalam pengukus sentiasa mendidih untuk memastikan kek kukus dengan sempurna.
- Gunakan pewarna makanan berkualiti untuk mendapatkan warna merah yang menarik.
- Simpan kek dalam peti sejuk sebelum dihidangkan untuk rasa yang lebih padu dan segar.
Nota: Kek Red Velvet Kukus ini bukan sahaja moist dan padu dengan topping cream cheese yang tebal, tetapi juga mudah disediakan. Pasti membuatkan sesiapa yang mencubanya ketagih! Selamat mencuba!