Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Mudah Nak Buat

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 35 minit

Masa Memasak: 45 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Terdapat banyak variasi resepi kek pisang yang boleh dicuba sendiri di rumah. Jika dulu kek pisang adalah hidangan yang hanya boleh dibeli di kedai sahaja, kini anda boleh mencuba sendiri resepi kek pisang ini di rumah sahaja. Boleh lihat resepi yang dikongsikan oleh saudara Zuhaidar Mohd Sofi ini.

Resepi kek pisang ini sangat mudah kerana dinyatakan dalam bentuk sukatan cawan dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. jom lihat resepi penuh di bawah:

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan-Bahan Blender:

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula (tambah jika ingin lebih manis)
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 5-7 biji pisang emas masak ranum (dilenyek dengan garfu)

Cara Penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat bersama.
  2. Blender bahan-bahan bertanda (#) iaitu minyak masak, gula, telur, dan esen vanila sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam campuran tepung yang telah diayak tadi.
  4. Kacau menggunakan senduk hingga adunan sebati.
  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
  7. Bakar pada suhu 160°C selama 45 minit atau hingga kek masak sepenuhnya, bergantung kepada jenis oven anda.

Tips:

  1. Menggunakan pisang emas yang ranum memberi rasa yang lebih manis dan tekstur yang lebih lembut pada kek.
  2. Lenyek pisang dengan garfu untuk menghasilkan kek yang mempunyai urat pisang yang kelihatan.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top