Resepi Cupcake Vanilla Gebu Topping Coklat

Resepi Cupcake Vanilla

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 40 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Kalau korang suka makan kek mesti pernah try cupcake vanilla kan? Resepi cupcake vanilla ni sebenarnya mudah dan simple nak buat, paling best bila letak topping seperti coklat. Cupcake vanilla ni juga boleh dibuat sebagai hidangan sampingan dalam majlis-majlis kenduri dan sebagainya, bagi yang rajin baking, boleh juga jadikan menu cupcake ini hidangan mingguan keluarga anda. 

Dalam perkongsian kali ini kami kongsikan resepi cupcake vanilla daripada saudari Khairunnisa Mohammad untuk rujukan anda. Cupcake vanilla yang terhasil confirm gebu dan lembut. Jom tengok resepi di bawah:

Baca juga artikel : Resepi Coslow Ala KFC 

Bahan-Bahan:

  • 200g butter/marjerin
  • 3 biji telur gred A/B
  • 200g tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 sudu besar susu segar/cair

Cara Penyediaan:

  1. Mixer butter/marjerin dan gula sehingga putih dan kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil terus mixer sehingga sebati.
  3. Tambahkan esen vanilla dan mixer lagi sekejap.
  4. Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak bersama garam, selang selikan dengan susu segar/cair. Gaul hingga sebati.
  5. Susun cup atas tray dan pipekan adunan ke dalam cup. Jika menggunakan sudu, berhati-hati kerana ia mungkin melekit dan tidak kemas.
  6. Letakkan sebiji cekelat butang di atas setiap cup.
  7. Bakar dalam oven pada suhu 160°C api atas bawah selama 20-25 minit atau sehingga masak. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 10 minit.
  8. Periksa jika cupcake sudah masak apabila permukaan bertukar warna kuning keemasan.

Tips:

  1. Pastikan untuk tidak membuka oven selagi cupcake belum cukup masak untuk mengelakkan suhu turun dan cupcake menjadi tidak cantik.
  2. Saiz kecil cupcake untuk hasil lebih gebu
  3. Gunakan cup yang lebih kecil untuk mendapatkan lebih banyak cupcake.

Selamat mencuba dan nikmati cupcake vanilla gebu anda!

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top