Resepi Congo Bar

Resepi Congo Bar

Anda mencari resepi congo bar mudah dan enak? Disini kami kongsikan beberapa rujukan menu dan bahan untuk membuat congo bar sukatan cawan homemade. Congo bar adalah sejenis pencuci mulut yang popular di negara eropah. Ia adalah bar yang mempunyai coklat @ coklat bar, yang membezakan congo bar dan brownie adalah congo bar tidak menggunakan bahan serbuk coklat seperti brownie. 

Bagi anda yang mencari resepi untuk hidangan pencuci mulut boleh mencuba resepi yang kami kongsikan ini. Malah congo bar ini amat mudah dibuat dan boleh disimpan lama untuk hidangan di lain hari. Nak tahu lebih lanjut boleh terus membaca artikel ini hingga habis.

8 Resepi Congo Bar Mudah & Sedap

Berikut adalah beberapa resepi mudah untuk membuat congo bar yang dikongsikan oleh warganet di alam maya. Rata-rata resepi ini telah mendapat ratusan perkongsian oleh warganet di laman sesawang facebook. Jangan lupa untuk anda yang sedang mencari alatan dapur murah, boleh tebus voucher Shopee percuma yang terdapat di hujung artikel ini.

Resepi Congo Bar Oleh Azreen Shafila Abdullah

Bahan-bahan:

  • 2 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil serbuk baking
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2/3 cawan butter
  • 2 1/4 cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 cawan choc chip
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan ayak tepung dan serbuk baking serta garam. Ayak hingga sebati. Ketepikan dahulu.
  2. Gaul butter dan gula hingga sebati dan sekata, guna mixer untuk lebih mudah.
  3. Masukkan telur dan vanilla esen, kacau lagi hingga semuanya sebati. 
  4. Masukkan choc chip dan gaul secara kaub balik dengan spatula.
  5. Panaskan oven dan sediakan baking paper di atas loyang. Letak adunan, bakar selama 25 minit pada suhu 160 darjah selsius. 
  6. Selepas masak, keluarkan dari oven boleh potong.

**Semua langkah di atas mestilah dikacau dengan perlahan, jangan terlalu laju kerana adunan akan menjadi keras.

**congo bar enak dimakan ketika panas, boleh simpan dan panaskan apabila nak makan semula.

Resepi Congo Bar Oleh Azlina Ina

Bahan-bahan:

  • ¾ butter
  • 1 ¾ gula perang
  • 3 biji telur
  • 3 cawan tepung
  • Serbuk baking
  • Kacang badam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Coklat chips

Cara penyediaan:

  1. Hand wish butter, esen vanilla, dan gula perang hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan kacau sampai cair. 
  3. Ayak tepung dan serbuk baking, masukkan ke dalam acuan tadi. 
  4. Guna spatula untuk gaul adunan, pada masa ini adunan agak pekat.
  5. Masukkan coklat chip, adun semuanya sekali.
  6. Sediakan oven dan loyang untuk proses bakar. Bakar pada suhu 160 darjah selsius selama 40 minit.
  7. Apabila sudah masak boleh tabur coklat chip dan buah badam sebagai hiasan. Potong empat segi.

Congo Bars Oleh Nik Nur Amirah

Bahan-bahan:

  • 150gm Butter 
  • ½ sudu kecil esen Vanilla
  • 250gm Gula perang
  • 3 biji Telur
  • 320gm Tepung gandum 
  • 2 sudu kecil serbuk baking powder
  • 50gm Almond flake
  • 200gm Coklat Chip

Cara penyediaan:

  • Kacau sebati gula dan butter, kacau dahulu 2 bahan ini hingga sebati.
  • Masukkan telur, kacau sebati (masukkan satu persatu)
  • Masukkan secubit garam dan vanilla. Esen vanila boleh tambah lebih.
  • Masukkan tepung yang telah ditapis dan diayak
  • Masukkan coklat chip dan coklat bar jika ada.
  • Gunakan spatula, kacau sebati semua bahan.
  • Sediakan oven dan loyang. Tuang adunan tadi, tabur almond dan lebih coklat chip di atas adunan.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah selsius selama 45 minit. 
  • Boleh potong dan dihidang!

 

Congo Bars Oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad

Bahan-bahan:

  • 3 cawan Tepung gandum
  • 3 biji Telur
  • 1 sudu Esen vanilla
  • Almond
  • Choc chips
  • 1 cawan Brown sugar 
  • 1 sudu kecil Baking powder
  • 125g Buttercup 

Cara penyediaan:

  1. Pukul telur, gula perang dan vanilla esen sampai sebati.
  2. Masuk telur dan kacau perlahan-lahan jangan sampai kembang, telur dimasukkan satu persatu.
  3. Masukkan serbuk baking, tepung, dan coklat chip. Adun hingga semuanya sebati.
  4. Sediakan loyang dan oven pada suhu 160 darjah selsius, bakar selama 30 minit. 

 

Congo Bars Oleh Nor Azlinda Linda

Bahan-bahan:

  • 150g butter premium (lebih sedap)
  • 250g gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 sudu vanila esen
  • Garam
  • 2 ½ serbuk baking
  • 315 tepung gandum
  • 250g coklat cip
  • 100g walnut (dicincang)
  • Almond flakes

Cara penyediaan:

  1. Gula perang dan butter dipukul hingga sebati, boleh guna spatula dan mixer.
  2. Masukkan telur satu persatu dan vanila esen
  3. Ayak tepung, serbuk baking, dan garam. Campurkan ke dalam adunan tadi, kacau hingga sebati.
  4. Masukkan coklat chip, walnut, dan almond ke dalam adunan, gaul bagi semuanya sekata.
  5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 30 minit.

Resepi Congo Bars Oleh Fendi Islam

Bahan-bahan:

  • 100g Butter SCS Unsalted
  • 210g Gula Perang 
  • 2 biji telur ayam (AA)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil butterscotch flaver
  • 210 Tepung Gandum Bakers Choice
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 genggam chocolate chip Beryls

Bahan topping:

  • 1 genggam chocolatw chips Berysl
  • 1 genggam chocolate chips Hersheys 

Cara penyediaan:

  1. Sebatikan gula perang dan butter hingga gebu dan kembang. 
  2. Masukkan telur, vanila esen, dan perasa butterscotch, kacau sebati.
  3. Masukkan tepung dan serbuk baking, kacau lagi hingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam loyang dan tunag bahan topping, bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 45 minit.
  5. Boleh potong bar selepas adunan masak. siap!

Resepi Congo Bars Oleh Lily Suryani Mohd Ali

Bahan-bahan:

  • 200gm butter
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan badam (dicincang)
  • 1 cawan dark chocolate compound (dicincang kasar)
  • 1 3/4 cawan gula perang halus
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 3 biji telur gred A

Cara penyediaan:

  1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan berkrim menggunakan whisk.
  2. Masukan telur & vanila esen, pukul sehingga kembang.
  3. Campurkan tepung naik sendiri dan dark chocolate serta badam cincang, masukkan ke dalam adunan tadi.
  4. Kaup balik menggunakan spatula, kacau hingga semuanya bahan sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang, taburkan coklat chip dan badam keping sebagai topping. 
  6. Akhir sekali bakar dalam oven pada suhu150° selama 30 minit.
  7. siap potong dan hidangkan.

Resepi Congo Bars Oleh Lily Suryani Mohd Ali

Bahan-bahan:

  • 150gm butter
  • 250gm gula perang
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 3 biji telur
  • 310gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 300gm cip coklat
  • coklat beryls

Cara penyediaan:

  1. Kacau butter & gula perang, boleh guna spatula atau mixer.
  2. Masukkan telur  beserta esen vanila dan terus kacau hingga kembang.
  3. Masukkan tepung yang telah digaul bersama baking powder. 
  4. Setelah semuanya sebati, masukkan coklat chip dan teruskan kacau adunan.
  5. Coklat beryls boleh ditabur sebagai topping selepas tuang ke dalam loyang.
  6. Panaskan oven pada suhu 170/180 darjah celsius, guna api atas bawah.
  7. Bakar selama 25-35 minit, siap dihidang!

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Untuk membuat resepi congo bar ini tidak sukar kerana ia hampir sama sahaja untuk membuat brownise, yang membezakan adalah ia tidak menggunakan sebarang serbuk coklat sebaliknya menggunakan coklat cip di dalam adunan. Ia juga boleh dijadikan sebagai coklat bar untuk bekal anak anda ke sekolah. Dengan adanya inti coklat ini pastinya anak-anak lebih gemar dan suka untuk menjadikan ia sebagai sneak di masa lapang. Nak lebih banyak resepi boleh terus ke slot resepi kacang pool. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version