Resepi Kuey Teow Thng Lauk Ayam, Fishball & Jejari Ikan

Resepi Kuey Teow Thng Lauk Ayam

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 30 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-6 orang

Resepi kuey Teow Thng ini kurang popular dan jarang didengar berbanding kuey teow goreng dan kuey teow basah. Kuey teow thng ini adalah bermaksud sup iaitu sup kuey teow, biasanya hidangan ini dihidang bersama beberapa jenis lauk seperti ayam, udang dan lain-lain. ia adalah salah satu hidangan yang mudah dan ringkas untuk dibuat.

Antara resepi kuey teow thng yang boleh ditiruvasi adalah perkongsian daripada saudari Norhidayah Mohd Aripin. Resepi ini ringkas dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja:

Bahan Air Rebusan Ayam:

  • Isi ayam dan sedikit bahagian tulang
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 biji sengkuang
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula perang

Bahan Kuah:

  • Jejari ikan
  • Bebola ikan
  • 2-3 ulas bawang putih
  • Air rebusan ayam (dari bahan di atas)
  • 2 hiris halia
  • Sedikit cuka
  • Minyak bawang putih
  • Minyak bijan

Cara Penyediaan Air Rebusan Ayam:

  1. Rebus ayam bersama sedikit bahagian tulang.
  2. Apabila air rebusan mula menggelegak, keluarkan buih dan kotoran coklat di permukaan air.
  3. Masukkan bawang Holland, sengkuang, garam, dan gula perang ke dalam air rebusan.
  4. Biarkan mendidih seketika, kemudian keluarkan semua bahan dan ketepikan air rebusan.
  5. Carik isi ayam dan ketepikan.

Cara Penyediaan Kuah:

  1. Goreng jejari ikan yang telah dipotong nipis hingga sedikit garing.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan halia.
  3. Masukkan air rebusan ayam, sedikit cuka, minyak bijan, dan minyak bawang putih.
  4. Tambahkan bebola ikan atau ayam ke dalam kuah dan biarkan mendidih.
  5. Rasa dan sesuaikan perasa jika perlu.

Tips:

  • Keluarkan buih dan kotoran dari air rebusan ayam untuk mendapatkan sup yang jernih.
  • Jejari ikan digoreng sekejap sahaja untuk mengekalkan tekstur yang lembut.
  • Minyak bijan dan minyak bawang putih menambah aroma yang lazat pada kuah.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top