Resepi Kari Ayam Mamak Ala Nasi Kandar Mudah Buat

Resepi Kari Ayam Mamak Ala Nasi

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 40 minit

ionicons-v5-j

Menu: 6-8 orang

Kari ayam mamak adalah salah satu hidangan yang tidak asing yang ada di kedai Nasi Kandar di Malaysia. Keistimewaan hidangan ini semestinya adalah pada kuah karinya yang pekat dan rasa rempah. Korang boleh cuba buat sendiri resepi kari ayam mamak ini dirumah seperti yang dikongsikan oleh saudari SaiJenisha SaiDaughter ini.

Walaupun memerlukan bahan yang banyak, namun resepi ini masih boleh dicuba di rumah sendiri, resepi penuh ada di bawah:

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam, dipotong dan dibersihkan (gaul dengan serbuk kunyit)
  • 1 biji bawang besar, dihiris (untuk tumis)
  • 1.5 sudu besar pes halia bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 2 biji cili hijau, dibelah dua
  • 2 tangkai daun pudina
  • Daun pandan dan daun kari
  • ½ cawan santan pekat (tidak diwajibkan)
  • 2-4 biji kentang sederhana besar, dipotong dua
  • 1/2 liter air atau kepekatan yang diperlukan
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Rempah-ratus:

  • 4 sudu besar serbuk kari ayam/daging Babas
  • 1 keping kayu manis (2 inci)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil garam masala

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.
  2. Bila naik aroma, masukkan daun pandan yang dipotong 3 helai. Perlahankan api dapur.
  3. Masukkan hirisan bawang dan goreng sehingga bawang bertukar warna keemasan.
  4. Masukkan pes halia bawang putih. Bila campuran ini mula mengeluarkan aroma, masukkan pes rempah (pes rempah ini boleh disediakan dengan mencampurkan serbuk kari ayam, jintan putih, kas-kas dan serbuk cili dengan sedikit air untuk jadikan pes).
  5. Masukkan ketulan ayam dan kacau serata supaya rempah disaluti ketulan ayam. Kacau selama 2-3 minit sehingga sebatian ini mengeluarkan bau harum.
  6. Masukkan daun kari. Dalam proses ini, api dapur mestilah kecil supaya rempah tidak hangus.
  7. Masukkan segera 1/2 liter air dan diikuti kentang. Besarkan api dapur dan biarkan kuah kari mendidih selama 20 minit.
  8. Kecilkan api dapur dan biarkan kari dalam keadaan reneh selama 15 minit lagi atau sehingga kentang dan ayam masak sempurna. Jangan masak terlalu lama supaya jus ayam tidak hilang dari dagingnya. Jika kuah terlalu pekat, tambah air mendidih (bukan air biasa) supaya kuah tidak terpisah.
  9. Masukkan santan, tomato, cili hijau, garam masala dan garam. Kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas permukaan kari.
  10. Bila kuah kari mula mendidih semula, matikan api dapur. Kari siap dihidangkan.
  11. Taburkan daun pudina di atas kari dan tutup hidangan dengan penutup.

Tips:

  • Rasa Lebih Sedap: Biarkan kari reneh lebih lama untuk membiarkan rempah meresap ke dalam ayam dan sayuran.
  • Santan: Penggunaan santan adalah pilihan, tetapi ia menambah rasa lemak dan kelembutan pada kuah kari.
  • Kepedasan: Sesuaikan tahap kepedasan dengan menambah atau mengurangkan serbuk cili mengikut citarasa.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top