Resepi Kam Heong Ayam Hidangan Enak untuk Keluarga

Resepi Kam Heong Ayam

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 3-5 orang

Resepi kam heong ayam adalah resepi yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Kam heong bermaksud “Golden Fragrance” dalam bahasa Kantonis, ia adalah hidangan yang berkonsepkan ramuan rempah dan aroma daun kari yang popular di Asia. Jom ikuti perkongsian daripada saudari Ain Ariffin berkenaan cara buat kam heong ayam mudah tapi enak.

Resepi ayam kam heong yang dikongsikan ini menggunakan bahan-bahan asas dan boleh didapati di dapur sahaja. Resepi penuh di bawah:

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 tangkai daun kari
  • 10 tangkai cili padi merah/hijau (dibelah dua)
  • 2 sudu makan rempah kari ayam (dibancuh)
  • 2-3 sudu makan sos tiram
  • 2-3 sudu makan sos cili
  • 2-3 sudu makan kicap manis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ayam hingga masak, kemudian ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari, dan cili padi hingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan masak hingga pecah minyak.
  4. Tambahkan sos cili, sos tiram, dan kicap manis. Gaul rata.
  5. Masukkan ayam goreng dan gaul sebati dengan sos. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Tips:

  1. Pastikan ayam digoreng hingga garing untuk tekstur yang lebih sedap.
  2. Untuk variasi, anda boleh gantikan ayam dengan udang, ketam, atau sotong.
  3. Hidangkan dengan nasi panas untuk menikmati rasa yang lebih enak.

Kredit Ain Ariffin

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top