Share/simpan resepi ini
Join Telegram Channel
Nak lebih banyak koleksi resepi setiap hari? Join Telegram Channel kami. Tekan link Telegram di bawah
Masa Penyediaan: 4 Jam
Masa Memasak: 40 minit
Menu: 6-8 orang
Resepi ayam tandoori adalah salah satu menu yang sinonim dengan Kedai Mamak dan Nasi Kandar. Keunikan ayam tandoori ini adalah pada rasa rempah yang yang pekat dan kuat selain ia sangat menyelerakan. Di dalam perkongsian kali ini kami kongsikan resepi ayam tandoori yang dikongsikan oleh saudari Hani Norsini untuk rujukan anda.
Untuk resepi ini boleh menggunakan oven untuk memudahkan proses panggang, jom lihat resepi penuh di bawah:
Bahan untuk Ayam:
- 4 bahagian peha ayam penuh, dibersihkan dan dibuang kulit
- 1 sudu teh serbuk cili
- ¼ sudu teh garam
- 1 sudu makan perahan air lemon atau limau
Bahan untuk Perapan Utama:
- 6 sudu teh yogurt asli
- 2 sudu teh campuran pes halia bawang putih (5 ulas bawang putih dan 3 cm halia, ditumbuk lumat atau dikisar)
- 2 sudu teh serbuk cili (mengikut tahap kepedasan yang diingini)
- ½ sudu teh garam masala (boleh ganti dengan serbuk kari daging jika tiada)
- 1 sudu teh serbuk ketumbar (atau gunakan biji ketumbar, goreng tanpa minyak dan kisar)
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- ¼ sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh pewarna merah
- 2 sudu teh minyak masak
Cara Penyediaan:
- Cuci dan buang kulit ayam. Kelar setiap peha ayam 3-4 kali pada bahagian tebal.
- Gaulkan ayam dengan serbuk cili, garam, dan perahan air lemon atau limau. Sapu pada kelaran-kelaran untuk memastikan perapan meresap ke dalam isi ayam.
- Campurkan yogurt asli, pes halia bawang putih, serbuk cili, garam masala, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk kunyit, dan pewarna merah dalam satu bekas. Pastikan campuran ini pekat dan tidak berair.
- Gaulkan ayam yang telah diperap tadi dengan campuran perapan utama sehingga rata.
- Tambahkan minyak masak dan gaul sekali lagi.
- Perap ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
- Panaskan oven kepada suhu 230°C.
- Letakkan potongan carrot atau celery di dalam bekas pembakar sebagai lapik untuk mengelakkan ayam melekat dan memberikan ruang udara.
- Bakar ayam selama 25-35 minit. Selepas 20 minit pertama, periksa ayam dan sapukan sedikit minyak di atas permukaan untuk memberikan kilauan.
- Masa memasak bergantung kepada saiz peha ayam, pastikan tidak hangus.
- Jika anda mempunyai grill di rumah, setelah ayam masak dalam oven, pindahkan ayam ke grill untuk mendapatkan permukaan yang cantik dan beraroma.
Tips:
- Perapkan ayam lebih lama untuk rasa yang lebih meresap.
- Gunakan yogurt pekat untuk perapan supaya campuran tidak berair.
- Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar ayam.
- Jika tidak mempunyai garam masala, serbuk kari daging boleh digunakan sebagai pengganti.
Kredit Hani Norsini
Aneka Resepi
Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.