Resepi Ayam Lemon Chinese Style Rasa Sedap Terbaik

Resepi Ayam Lemon

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 15 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-5 orang

Korang selalu makan ayam lemon boleh cuba buat sendiri kat rumah, rasa dia sama je macam yang jual dekat kedai dan yang lagi best lagi jimat buat sendiri kat rumah. Jom tengok resepi ayam lemon yang dikongsikan oleh saudari Siti Fatimah ni, bahan-bahan dia pon simple je. 

Menu ni sesuai untuk 3 ke 4 orang makan dan ideal untuk dijadikan menu harian hidangan sekeluarga.

Baca juga artikel : Resepi Asam Rebus Ikan

Bahan-Bahan Ayam Goreng:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Tepung Bestari
  • Telur
  • Nestum (optional)

Bahan-Bahan Sos:

  • Halia (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Air
  • Kiub pati daging/ayam
  • Sos seafood/sos tiram
  • Sos ikan
  • 1 biji lemon (diperah jusnya)
  • Gula (untuk menyeimbangkan rasa masam lemon)
  • Tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Minyak bijan
  • Biji bijan (optional)

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan ayam dengan tepung Bestari, telur, dan Nestum (jika guna).
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis halia dan bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan air dan kiub pati daging/ayam. Kacau hingga kiub larut.
  5. Tambah sos seafood/sos tiram dan sos ikan. Kacau rata.
  6. Perah lemon dan masukkan jusnya ke dalam kuali.
  7. Tambahkan gula secukup rasa untuk menyeimbangkan rasa masam lemon.
  8. Bila sos menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.
  9. Renjiskan minyak bijan ke dalam sos yang telah pekat.
  10. Curahkan sos di atas ayam yang telah digoreng tadi.
  11. Taburkan biji bijan sebagai hiasan (optional).

Tips:

  1. Pastikan ayam digoreng hingga garing untuk tekstur yang lebih rangup.
  2. Adjust jumlah gula mengikut tahap kemanisan yang dikehendaki bagi menyeimbangkan rasa masam lemon.
  3. Untuk rasa yang lebih aromatik, tambah sedikit daun ketumbar sebagai hiasan.

Kredit  Siti Fatimah

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top