Resepi Ayam Percik Pasar Malam Kelantan

Resepi Ayam Percik Pasar Malam

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 3 Jam

Masa Memasak: 30 minit

ionicons-v5-j

Menu: 6-7 orang

Kalau pergi pasar malam tak sah kalau tak jumpa hidangan ayam percik, terutamanya di Kelantan. Hidangan ayam percik sangat mudah untuk dibuat dan boleh memberikan hasil lauk ayam percik yang enak dan sedap dimakan. Antara resepi ayam percik pasar malam yang boleh diikuti adalah daripada saudari Hawa Honey ini.

Kalau nak lagi sedap boleh cuba resepi ayam percik ini dibakar dengan arang batu, celup ayam ke dalam kuah percik dari masa ke semasa untuk rasa panggang yang sedap. Resepi penuh di bawah:

Bahan untuk Perapan Ayam:

  • ½ ekor ayam
  • 1 biji bawang merah atau bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu jintan manis, dikisar
  • 1 sudu ketumbar, dikisar
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan untuk Kuah Percik:

  • 1 biji bawang merah atau bawang besar
  • 2 labu bawang putih
  • 10 tangkai lada kering, direbus dan dikisar (ikut tahap kepedasan)
  • 1 inci halia
  • ½ sudu serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • ¼ kotak santan
  • Gula melaka secukup rasa
  • 2 sudu sos cili
  • Gula, garam, dan perasa secukup rasa

Cara Penyediaan Perapan Ayam:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, dan serai hingga halus.
  2. Gaulkan bahan kisar dengan ayam bersama serbuk kunyit, jintan manis, ketumbar, gula, dan garam.
  3. Perap ayam selama sekurang-kurangnya 3 jam. Bakar ayam sehingga masak.

Cara Penyediaan Kuah Percik:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, dan serai hingga halus.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
  3. Masukkan lada kisar dan serbuk kunyit, tumis hingga lada masak sepenuhnya.
  4. Tambahkan sedikit air untuk mencairkan kuah.
  5. Masukkan santan dan sos cili, biarkan mendidih.
  6. Masukkan gula melaka, gula, garam, dan perasa. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda.
  7. Biarkan kuah mendidih dan pekat.

Tips:

  1. Perapkan ayam lebih lama untuk rasa yang lebih meresap.
  2. Gunakan arang untuk membakar ayam bagi mendapatkan aroma yang lebih enak.
  3. Celupkan ayam yang panas ke dalam kuah percik untuk rasa yang lebih mantap.
  4. Sesuaikan tahap kepedasan kuah dengan menambah atau mengurangkan jumlah lada kering.
  5. Pastikan kuah percik sedikit manis untuk rasa yang autentik.

Selamat mencuba resepi Ayam Percik Pasar Malam yang pasti akan memuaskan selera anda!

Kredit Hawa Honey

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top