Resepi Ayam Pandan Thai Rasa Asli Thailand

Resepi Ayam Pandan Thai Rasa Asli

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 3 Jam

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 8+ orang

Resepi ayam goreng pandan adalah salah satu menu hidangan dari negara Thailand yang boleh didapati di Malaysia. Keunikan ayam pandan thai adalah ia disediakan bersama daun pandan yang memberi aroma pandan yang wangi. Ayam padan ini biasanya disediakan bersama sos thai menjadikan ia lebih sedap dan enak.

Kalau anda ingin mencuba buat sendiri ayam pandan ini boleh ikuti resepi yang dikongsikan oleh saudari Raja Amanina ini. Resepi ini lengkap dalam menyediakan ayam pandan dan sos thai, lihat resepi penuh ada di bawah:

Baca juga artikel : Resepi Ayam Masak Kicap Pekat 

Bahan:

  • 7-8 ketul isi ayam
  • 4 ulas bawang putih, ditumbuk
  • ½ sudu kecil lada hitam, ditumbuk
  • 1 sudu kecil ketumbar, ditumbuk (boleh tambah hirisan daun ketumbar)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan gula atau madu
  • Sedikit garam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Daun pandan dan lidi secukupnya

Sos Ala Thai:

  • 3 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu makan gula
  • 5 sudu makan sos ikan atau kicap sotong
  • Daun ketumbar, dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 sudu makan cuka
  • Sedikit bijan
  • ½ cawan air
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan ayam dengan bawang putih, lada hitam, ketumbar, sos tiram, kicap, gula, tepung jagung, dan garam. Perap selama 2-3 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih enak.
  2. Bungkus isi ayam yang telah diperap dengan daun pandan dan sematkan dengan lidi.
  3. Panaskan minyak dan goreng (deep fry) ayam yang dibungkus daun pandan hingga keperangan.

Cara Penyediaan Sos:

  1. Kisar cili merah dan cili padi dengan sedikit air.
  2. Tumis bawang putih dan bijan hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar, air, cuka, gula melaka, gula, sos ikan atau kicap sotong. Masak hingga mendidih.
  4. Campurkan tepung jagung dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam sos. Masak hingga sos menjadi sedikit jernih.
  5. Sesuaikan rasa dengan menambah gula dan garam jika perlu. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar cincang.

Tips:

  1. Perap ayam lebih lama untuk rasa yang lebih meresap.
  2. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng untuk mendapatkan ayam yang rangup.
  3. Bungkus ayam dengan kemas menggunakan daun pandan untuk aroma yang lebih harum.
  4. Tambahkan hirisan daun ketumbar dalam perapan untuk rasa yang lebih segar.
  5. Sos ala Thai ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan digunakan sebagai pelengkap hidangan lain.

Selamat mencuba Ayam Goreng Pandan Thai yang harum dan enak ini!

Kredit Raja Amanina

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top