Resepi Sotong Kembang Masak Kari Pekat Manis

Resepi Sotong Kembang Masak Kari

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 30 minit

ionicons-v5-j

Menu: 3-5 orang

Korang penggemar sotong kembang nak tahu masakan apa yang sesuai dengan lauk sotong kembang? Harini kami kongsikan resepi sotong kembang masak kari pekat manis yang dikongsikan oleh saudari Nordiana Mohamad untuk rujukan korang.

Resepi ni jugak boleh dibuat versi pedas, korang cuba tambah dan kisar sekali bahan halia, bawang dan cili padi untuk nak bagi rasa lagi pedas. Resepi penuh ada di bawah:

Bahan-bahan:

  • 10-12 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 ekor sotong kembang (dihiris segi empat)
  • Minyak masak secukupnya
  • 125g serbuk kari Babas (dijadikan pes)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, dan halia hingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes kari dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan hirisan sotong kembang, gaul rata dan biarkan sebentar supaya tumisan kari meresap ke dalam sotong.
  5. Tambahkan air secukupnya, kemudian masukkan gula, garam, dan sedikit ajinomoto.
  6. Perasakan kuah, pastikan ia mempunyai rasa manis yang lebih dominan.
  7. Masak hingga kuah menjadi pekat.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Tips:

  1. Jika ingin kari yang lebih pedas, boleh kisar cili padi bersama bawang dan halia.
  2. Pastikan sotong dimasak hingga empuk agar kari lebih sedap.
  3. Adjust jumlah gula dan garam mengikut citarasa masing-masing untuk mendapatkan keseimbangan rasa yang diinginkan.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top