Resepi Japchae Simple Ala K-Drama (Guna Bahan Halal)

Resepi Japchae Ala K-Drama

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 10 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-5 orang

Kalau korang kaki layan k-drama pastinya kenal satu menu orang korea iaitu japchae. Ia adalah menu hidangan sama seperti bihun tetapi bahan utamanya dibuat daripada mi kaca (sweet potato glass noodles) ia mempunyai tekstur kenyal apabila dimakan.

Korang nak try buat sendiri japchae? Jom lihat resepi japchae yang dikongsikan oleh saudari Zurina Zulkefli ini.

Bahan-bahan:

  • Mi kaca (Sweet Potato Noodles)

Campuran Sayur (5 jenis warna):

  • Hijau: Sayur pak choi atau bayam, rebus dan toskan
  • Kuning: Telur ayam dimasak dadar
  • Jingga: Lobak merah, dihiris memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam
  • Putih: Bawang Holland, dihiris dan disangai
  • Hitam: Cendawan shitake atau kulat hitam atau daging perap kicap, hiris memanjang dan masak

Bahan Sos Hitam:

  • 3 sudu besar kicap cair/masin
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar gula/gula perang
  • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Rebus mi kaca selama 5 minit sehingga lembut. Angkat dan toskan. Letakkan tepi.
  2. Rebus sayur pak choi atau bayam, toskan.
  3. Masak telur ayam menjadi dadar.
  4. Hiris lobak merah memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam.
  5. Hiris bawang Holland dan sangai.
  6. Hiris cendawan shitake/kulat hitam atau daging perap kicap memanjang dan masak.
  7. Campurkan semua bahan sos hitam dalam kuali dan masak sehingga sebati.
  8. Tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang telah direbus tadi dan gaul sebati.
  9. Masukkan campuran sayur yang telah disediakan dan gaul rata.
  10. Tambah biji bijan yang telah disangai.

Tips:

  1. Mi Kaca: Pastikan mi kaca direbus sehingga lembut tetapi tidak terlalu lama supaya tidak terlalu lembik.
  2. Sayur Berwarna: Pastikan sayur mempunyai pelbagai warna untuk memberikan rasa dan penampilan yang menarik.
  3. Sos: Pastikan sos dimasak sehingga sebati untuk memberikan rasa yang kaya dan sedap.
  4. Bijan Sangai: Sangai bijan sebelum menambah ke dalam hidangan untuk memberikan rasa yang lebih kaya dan aroma yang sedap.

Sedia untuk dihidangkan atau dibawa bekal!

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top