Resepi Mochi Kuih Jepun Inti Kacang Tanah Lembut Sedap

Resepi Mochi

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 15 minit

ionicons-v5-j

Menu: 2-3 orang

Resepi mochi adalah antara hidangan ringkas yang berasal daripada negara Jepun dan mulai trending dalam kalangan warganet. Kuih ini mempunyai variasi inti yang banyak, antaranya adalah kacang tanah, coklat, milo, dan ais krim. Variasi inti inilah yang menjadi tarikan ramai kuih Jepun ini.

Bagi yang cuba buat sendiri kuih mochi ini boleh tengok resepi yang dikongsikan oleh saudari Nur Haziqah. Malah anda juga boleh mencuba beberapa jenis inti mengikut kesukaan anda:

Baca juga artikel : Resepi Labu Masak Lemak 

Bahan-bahan : 

  • 220 gm tepung pulut  
  • 100 gm gula  
  • 200 ml susu segar atau santan  
  • Filling pilihan (peanut butter, red bean, atau ice cream)  
  • Tepung pulut untuk salutan (disangai)

Cara Penyediaan :

  1. Campurkan tepung pulut, gula, dan susu segar atau santan. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan pewarna (jika ingin), kacau hingga sebati.
  3. Kukus adunan lebih kurang 15 minit atau sehingga masak.
  4. Setelah masak, leperkan adunan dan letakkan filling kesukaan.
  5. Bulatkan adunan yang telah diisi filling.
  6. Golekkan mochi atas tepung pulut yang telah disangai.
  7. Mochi siap untuk dimakan.

Tips :

  1. Pastikan adunan tepung pulut, gula, dan susu atau santan benar-benar sebati untuk tekstur mochi yang lembut.
  2. Filling seperti red bean atau ice cream rasa yang lebih sedap.
  3. Sangai tepung pulut untuk salutan agar mochi tidak melekit.

Kredit Nur Haziqah

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top