Resepi Toppoki Cheese Rasa Asli Ala K-Drama

Resepi Toppoki Cheese

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 2-3 orang

Korang yang suka layan K-Drama mesti teringin nak makan toppoki kan? Hidangan toppoki ini antara menu korea yang popular dalam kalangan warganet terutamanya yang meminati Makanan Korea. Ia biasanya dihidangkan dengan versi pedas sama seperti resepi samyang. 

Korang boleh cuba resepi toppoki cheese yang dikongsikan oleh saudari Ika Zul ini yang menggunakan bahan-bahan dijamin Halal dan boleh didapati di Malaysia sahaja. Lihat resepi di bawah:

Baca juga artikel : Resepi Tauhu Sumbat Kuah Kacang 

Bahan untuk Rice Cakes:

  • Setengah pek tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung beras atau gandum
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak bijan

Bahan untuk Sos:

  • 3-4 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 6 sudu besar Gochujang (pes cili Korea)
  • 1 sudu besar Gochugaru (serbuk cili Korea) atau serbuk cili biasa
  • 4 sudu teh gula perang (ikut citarasa)
  • ½ biji bawang Holland (dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (dihiris)
  • 3 sudu besar minyak bijan
  • 2 cawan air stok ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Fishcake
  • Sosej
  • Telur rebus
  • Mozarella cheese
  • Dumpling

Cara Penyediaan Rice Cakes:

  1. Satukan semua bahan untuk rice cakes.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit, pastikan adunan tidak terlalu lembut atau lembik.
  3. Gulung adunan menjadi panjang dan potong mengikut saiz yang diinginkan.
  4. Rebus air hingga mendidih, masukkan rice cakes hingga timbul. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.

Cara Penyediaan Sos:

  1. Satukan Gochujang, Gochugaru, dan gula perang. Kacau hingga sebati menjadi pes.
  2. Dalam periuk, masukkan air stok ikan bilis dan biarkan mendidih kecil. Tambahkan bawang Holland dan daun bawang.
  3. Kacau rata dan masukkan pes sos. Biarkan mendidih sebentar dan periksa rasa. Tambah garam atau gula jika perlu.
  4. Masukkan rice cakes, fishcake, sosej, dan daun bawang. Gaul hingga sebati.
  5. Masak hingga kuah sedikit pekat dan tambahkan telur rebus. Masak hingga sos pekat, kemudian tutup api.
  6. Hidangkan di atas pinggan, tabur dengan Mozarella cheese semasa panas. Tutup sebentar hingga cheese cair.

Tips:

  1. Gunakan air sejuk untuk merendam rice cakes setelah direbus agar teksturnya tetap kenyal.
  2. Hidangkan bersama dumpling dan nikmati semasa panas untuk rasa yang lebih lazat.

Selamat mencuba! 🤗

Kredit Ika Zul

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top